Wednesday, December 21, 2011

Halalkah gaji kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam perjalanan drive balik dari kerja, lebih kurang jam 5.30 petang..aku melayani stesyen radio IKIM sebagai halwa telinga dan makanan jiwa. Ada sesi soal jawab yang menarik mengenai halal haram rezeki dan pendapatan. Lebih kurang rancangan Tanyalah Ustaz TV9. Ah lupa pula minda ini untuk merakan nama ustaz (dr.) yang menjawab persoalan tadi. Apapun, ini dia salah satu intipati soal jawab ingin aku kongsi disini...

SOALAN:

"Halalkah pendapatan yang saya terima jika contohnya saya lewat ke tempat kerja atau pulang awal daripada masa yang sepatutnya, kerja saya jenis yang kena pegi site  bos pun bagi kebenaran untuk balik awal ASALKAN KERJA SIAP. Bos saya sorang je dan dia memang bagi permission. Adakah saya perlu minta dari bos untuk halalkan gaji saya setiap kali terima wang tersebut?  "

JAWAPAN: (more or less sounds like this..)

"Tidak perlu kerana memandangkan dalam situasi ni, (performance based job) puan telah diberi pelepasan dan keizinan oleh bos yang mempunyai keseluruhan hak terhadap syarikat tersebut (shareholder tunggal). Maka dia mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang peraturan dll.."

sambung lagi...

"W/bagaimanapun, untuk kerja yang berasaskan TIME FRAME, sebagai contoh kerja bermula dari pukul 8 sehingga pukul 5 petang, maka WAJIB  bagi seseorang itu untuk berada di tempat kerja pada masa tersebut tepat pada waktunya, jika tidak hasil pendapatan yang diterima daripada pekerjaan tersebut dikira shubhahPersoalan samada ada terdapat kerja/ tugas untuk dilakukan dalam waktu tersebut (8-5) tidak diambil kira, yang penting mesti berada di pejabat untuk standby atau get ready should any work be assigned to that person..."

Astaghfirullah...aku berdosa selama ini..bukan tidak tahu tapi pada meremehkan hukumMu..seakan aku tidak takut pada azab siksaMu..bertaubatlah diri!

Terima kasih banyak buat ustaz dr. yang memberi penjelasan.

Till-Our-Next-Date!

Assalamualaikum.


NOTE TO SELF: So kalau keluar lunch...jangan sekali-kali mencuri masa untuk keluar awal atau pun balik lambat...ingatlah pembalasan Allah! Kejahatan sebesar zarah pun pasti dihitung oleh Allah...


No comments:

Post a Comment