Bismillahirrahmanirrahim.
Final exam buat aku teringat zaman-zaman unibersiti dulu. (even baru saje 6 months working, i don't care - i already miss those beautiful times..sobsob ='(...
***Bulan Peperiksaan Kanak-kanak Unibersiti***
Disember. Bulan yang busy and full bagi university students sebab final dah nak dekat. Kalau aku dulu, masa ni tengah meroyan lagi tengok tv jalan-jalan...nak shopping plak dah tak boleh sebab duit loan dah tinggal paras idong, silap haribulan nak makan pun tak lepas hihi. (alhamdulillah tak pernah plak tak lepas makan) Study? Confirm lah palingggg last minute. ehehe. Time LLB dulu masa nak dekat studyweek, lecturer pun berebut nak buat test la, kelas ganti la, mock trial la...bla bla...so memang tak sempat lah nak study. (alasan sangat!)
***Meniti hari sebelum final***
Tiba hari final je, confirm tekak aku tak boleh terima foods. Sejak sekolah memang camni, tak tahulah penyakit ape. Nasib baik tak gastrik je time tu. Nak kata cuak sangat pun, tak jugak. Kalau paper petang, alamat lepas balik dari final barulah boleh merasa nikmat nasik sepinggan.
***Peristiwa Studyweek***
***Peristiwa Studyweek***
Yang paling aku tak boleh lupa, last sem aku terbuat satu kesalahan besar. Masa tengah syok study untuk Paper Criminal Law, (if Fariza happens to read this, she knew what paper I actually struggling for at this point of time..aku ni pelupa sikit hehe) aku terjatuh cinta pulak dengan satu cerita korea. Ye, cerita korea yang ada berjuta episod tu! Dah terlanjur tengok tak bolehlah nak stop...maka untuk kurangkan rasa bersalah, aku bahagikan skrin laptop kepada dua bukan guna kapak lah, minimize screen...sebelah untuk nota, belah satu lagi untuk movie. yippie! Mata aku macam biasalah, banyak tengok notes daripada movie, alhamdulillah habis jugak cerita tu dengan jayanya. haha. Nota? Siap jugak tapi siput sikit...hihihi.
***Jadi Part Time Dokter***
Bila malam sebelum exam, aku jugak boleh berubah menjadi doctor-on-call ataupun kelawar sepenuh masa. Malam tak tido lansung, siang kroh kroh. Nasiblah tak blank nor blackout. Time ni masa paling berkualiti aku boleh study dan pulun habis-habisan. Bila semua orang dah tido, aku akan lecture telinga aku sendiri dengan ape yang aku dah paham...sambil berjalan pusing-pusing ruangtamu atau bilik aku...kalau buat sambil duduk atau baring...tak syok. Pastu, aku akan tido sikit lepas solat subuh tapi kejap jelah. Ni perangai masa tahun-tahun before 2010 and 2011...final last sem dah tak buat perangai camtu lagi...nenek dah tak larat cu! kahkah.
Habis cerita satu bab. Okey....
***Hoorey balik kampOng!***
Habis cerita satu bab. Okey....
***Hoorey balik kampOng!***
Lepas final biasanya UiTM di hatiku akan menghadiahkan cuti sem yang panjang untuk berlibur. Seronok, ape lagi balik kampong lah! Sambil bercuti nak dekat je hari result keluar, mulalah tidur tak lena mandi tak basah. On the day, pastinya malam siang aku check sampailah dapat tapi aku akan make sure none of my family members knew that I am struggling for that, kalau tak orang akan sibuk tanye, dah dapat dah? berapa? dapat belum? lagilah aku seram sejuk. Thrill jugak woo kena bersaing dengan ratus riban budak UiTM seantero meleysia yang berasak nak tembus website uitm pada satu masa...sehinggalah uitm buat sistem baru hantar kat email je result, tak payah nak bersesak dalam jem lagi...terima kasih uitm!
Bila dikenangkan balik, saat-saat adrenaline rush tu sangat best dan penuh memori...akhirnya zaman itu telah berlalu...dan berakhir dengan buah rezeki dari Allah, rezeki yang didatangkan bersama ujian dan cabaran! Aku telah tewas ya Allah...ampunkanlah aku.
_______________________________________
***Buat Mereka Yang Kusayang-sayang***
By the way, tujuan asal aku buat entri ni ialah sebab nak wish luck kepada semua pelajar universiti di seluruh dunia yang akan menghadapi final exam tak lama lagi TERUTAMANYA to these three people that I love so much;
No. 3, abang aku sambung master tapi tak berapa sure plak ape nama program tu so aku letak nama general je ok..hahahah. Best of luck to you guys my only siblings, I know you ols mesti boleh buat dengan cemerlang. InsyaAllah. I'll pray for you, sure do.
_____________________________________________________________________
Rasanya sudah terlalu panjang aku menulis..semoga perkongsian ini bermanfaat. Itu sahaja untuk setakat ini.
Sekian,
Till-Our-Next-Date!
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment