Thursday, September 15, 2011

Bertudung tapi Telanjang.

Assalamualaikum ladies.

Tudung sekarang sudah banyak perubahan dari masa dulu2 kan? Variety. Banyak jenis, corak, bentuk dan juga fabrik yang boleh dipilih. Dan perkembangan ni membawa kepada dua sudut:

POSITIFnya;

a)Menggalakkan ramai ladies memilih untuk bertudung.

b)Lebih ramailah umat Muhammad s.a.w yang mentaati perintah ALLAH dan kaum Adam juga dapat menjaga mata drpd melakukan maksiat samada sengaja atau tidek.

c) dll yang korang boleh add kan.

NEGATIFnya;

a) Bertudung dijadikan fesyen dan trend semata2. Niat tersasar. Terbalik jadinye, pakai tudung tapi u lebih seksi dan seksa dari yang free hair. Kalau non muslim tengok pun mesti pelik, boleh ke pakai camni? Islam benarkan ke that way?

Ye itu halnya bila fenomena 'bertudung tapi telanjang' terjadi.

Baju ketat.

Seluar sendat.

Leggings? lagi masyaallah!

Tudung besar belit leher sahaja tanpa menutupi dada yang terbonjol.

Pakai tudung tapi kening trim terangkat. tahuuu tak dosa cukur/cabut/gunting/nipiskan/trim bulu kening tu besaaaar tau tak?

Mencukur bulu kening, menipiskannya, dengan tujuan mencantikkannya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar.

Sabda Rasulullah SAW, "Allah melaknat wanita yang membuat tatu, meminta dibuat tatu, mencukur/menipiskan kening, mengasah gigi kerana untuk mencantikkannya, yang mengubah kejadian Allah".
HR: Bukhari (no: 4604) dan Muslim (no: 2125). -

syabas kepad girls yang tak pernah mengusik keningnya sejak azali. Percayalah yang Allah cipta sudah perfect. kepada girls yang punya kening asli cantik tersusun, you're so lucky! :)

Note to self and kaum hawa.

"Jom sama2 tutup aurat dalam erti kata sebenar. Bertudung dan tutup aurat sebagai jalan taqwa kepada Allah, bukan kerana fesyen atau nafsu. Ingat ape yang kita buat hari ini akan reflects sikap/perawakan anak2 kita nanti.."

Till then, tata!

(>____<)



p/s: sebenarnya post ni nak emphasize pasal pentudung yang mencukur kening. serius tak sesuai! emo.*_*

1 comment: