Thursday, August 4, 2011

Ya Allah I can bear no more.

.

Ulser mulut.
Hanya yang penah kena tahu macam mana rasa sedapnya sakitnya.


Inilah dia ketua samseng! Dan ada 'sorang' lagi geng dia yang menyorok kat bahagian gusi atas. Dua sekaligus!



Dan ulser ini bukan kali pertama dan bukan juga kali kesepuluh bagi aku. Lebih dari itu. Keseratus mungkin? Ya. Jadi kalau ulser yang jenis kecik2, even tiga empat sekaligus naik but tak melarat, im okay with it, still. Tapi this time melarat lah pullok. Jarang benar ulser yang aku kena menjadi teruk sebegini rupa. Sakit sungguh! Unbearable pain i must say.



Terasa seperti ingin menangis, tak tahan. Nak makan tak selera, nak cakap lagi sakit. Tak bercakap pun sakit jugak sebab bila mulut tak bergerak dalam masa yang lama, ia jadi kering maka semakin sakit jadinya. Nasib baiklah jari masih boleh menari-nari di papan keyboard!



Bibir usah cakaplah, kering dan menggelupas sebab mulut yang panas semacam. Letak vaseline? Sudah terlebih-lebih letak rasanya. Vaseline ni memang teman bibir aku even time tak kena ulser pun. Lima bintang, ia sangat membantu untuk merawat biibr kering cuma bila time kena ulser, keberkesanannya tak seperti selalu. Mungkin kena guna petroleum jelly pulak! ;P



Bila bangun tidur je bibir confirm bengkak dan aku namakannnya sebagai bibir Angelina Jolie Geli. Memang geli dan tak cantik sebab bengkak sebelah malah nak bercakap pun terasa seperti bibir dikoyak-koyak dan yes, ini cuma hiperbola. Tapi serius this time bengkaknya melampau mungkin sebab kena betul2 di pinggir bibir. Argh.



Warning: Penderita ulser boleh bertukar menjadi singa atau rimau bila anda mengasak soalan bertubi-tubi bajet femes pada mereka. Haha hiperbol lagi. Tapi betul, kalau awak faham tanpa perlu saya bagitau, saya sayang awak lebih!




BTW, aku kena ulser ni 4 days before puasa. Aku masih belum berpuasa sebab ma'zurah, jadi tak menjadi masalah bagi aku untuk minum air masak banyak2 secara sorok2 kat tempat keje, tapi...ulser tak sembuh-sembuh lagi..




After 5 days camtu bubuh ubat secara kerap tapi tak jalan, maka petang tadi aku mintak time off untuk pergi ke GH berdekatan. Doktor and pharmacist tengok pun cakap ulser aku dah teruk. Teruk. Ya doktor, saya setuju sebab sakit ni pun saya tak mampu nak tanggung lagi, dah lebih seminggu. Sebagai seorang yang liat nak jumpa doktor, kalau sakit yang sikit2 saya tahan je dan cuba rawat sendiri tapi kali ini sakitnya berbeza.



Jadi saya ambil keputusan nak jumpa doktor. Pergi seorang, bersama si Puteh.




Seperti yang dijangka, nasihat pertama doktor ialah minum air banyak2. (Sama dengan reaksi/nasihat rata-rata kawan2 aku berkenaan ulser) Aku setuju tapi sebab aku bukan jenis kurang minum air masak, jadi aku rasa mesti sebab lain. Air masak, at least 1.5l confirm habis everyday bukan hanya time kena ulser sahaja. Sebelum tidur aku selalu minum susu panas dan tak lupa juga aku ambil EPO setiap hari. EPO mungkin tak kena mengena tapi nak jugak cakap.



Ubat Puan Doktor bagi, terima kasih :)




Selain tu, doktor cakap kena kumur dengan air garam. Aku dah buat few days back before datang jumpa doktor. I'd even make it a habit whenever kena ulser tapi tengok keadaanlah, ada time dia sembuh. Letak garam terus pun aku selalu jugak buat tapi ni hanya ketika keberanian luar biasa datang! Kalau dah besar gedabak cam nak koyak like this time, tak berani lah pulak...




Segala jenis ubat untuk mouth ulcer seperti Oral paste, Oral Aid, Bonjela atau sebut saja namanya, hampir kesemuanya aku penah try untuk treatment bila kena ulser. Tapi this time tak berkesan pula.




Dan jawapannya aku tahu...




Kerana sesungguhnya sakit dan sembuhnya sesuatu penyakit itu adalah hanya dengan izin dan kuasa Allah semata-mata, bukan ubat! Hanya Allah yang Maha Berkuasa bisa menyembuhkan penyakitku. Allah yang menurunkan penyakit maka hanya Allah jualah penyembuhnya.





Ya Allah yang Maha Mendengar,
Padamu ku merintih.
Padamu ku berpaut harapan.
Ku tahu sakit ini adalah sebuah peringatan buatku.
Dan ku tahu sakit ini adalah kiriman kasih sayangmu padaku.
Agar hambamu ini semakin mendekat,
Tidak sombong jua berpaling,
Dan tidak jauh dari mengingati, mentaati dan meminta pertolongan dariMu.
Ya Rabbi, sembuhkanlah sakitku.




NOTE: Kadang-kadang time kena ulser teruk ni tak mampu nak membalas senyuman kawan2, aku selalu cuba membalas, adeh pedih, agaknya muka nampak macam tak senyum...harap tiada hati yang terasa. Bukan sombong tapi tak mampu nak senyum lebar seperti selalu.




Kata iji, sakit ni kifarah dosa. Dan kata iji lagi, ulser ni amaran supaya tak bercakap yang bukan2 atau yang tidak baik...betul ustaz, ambo setuju. :)




Sebab mulut tak mampu berbicara, panjang lah pullok entry kali ni.................
DAN INILAH NAMANYA, JERITAN TANPA SUARA~

2 comments:

  1. salam..bleh dikatakan sy pun selalu kne ulser...mmg mnyakitkan,nak senyum pun kne tahan2,,diam je,,huhu

    ReplyDelete
  2. baru lps kena ulser . huhu tapi betul . kesakitan itu satu kifarah dan bkl menyucikan dosa2 kite :)

    ReplyDelete