"Sedih kehilangan atau kerosakan harta benda,
Sama tak dengan sedih terlepas/tertinggal solat subuh?"
Soalan yang senang dijawab tetapi susah untuk diakui jawapannya A atau B.
Bila terlalu cintakan dunia, hati mudah resah dan goyah bila sedikit ujian menimpa...
Quite a gloomy day.
Si putehku sedikit tercedera hari ini, entah siapa yang tercium. Sikit je, tinggal parut sebesar jerawat batu selepas polishing.
Mula2 aku rasa sedih la jugak. Yelah si puteh usianya tak sampai sebulan pun lagi...dah tercedera. Sorry ya puteh, aku dah cuba jaga kau sebaik mungkin tapi nak buat macamana, benda yang jadi adalah di luar kawalan aku. Tentang Hamba Allah yang langgar dan chow, aku serahkan urusan itu pada Allah saja.
Dan bila terjadinya sesuatu musibah, aku segera menilik diriku, jika ada kesilapan yang aku lakukan pada diriku atau sesiapa saja..fikir dan renung, aku kira jawapannya ada.
Ya weekend ni aku sedikit lalai dari hari2 sebelumnya. Masa banyak dihabiskan dengan persiapan raya berbanding hari2 sebelum ini, puasaku tidak hanya berteman solat 5 waktu. Aku 'ditugaskan' untuk membeli baju2 raya siblingsku maka aku ambil masa weekend untuk shopping sebab time keje susah nak pegi lagipun takde teman untuk tunjukkan route. Selama 2 hari ni aku bermalam di rumah mak cikku kerana banyak urusan yang aku perlu selesaikan dan memerlukan bantuan orang yang lebih pakar i.e tinting.
Dua hari ni, memang rugi besarlah diriku! Puasa yang kosong.
Aku kira itulah salah aku. ALLAH menguji sedikit saja, untuk sedarkan aku, supaya aku tidak leka dari berfikir dan merenung. Sebab Dia sayangkan aku.
Jika difikirkan, Raya yang kita berlumba untuk prepare tu bukanlah sehebat mana saham akhiratnya (melainkan ibadah pada 1 shawal dan malam sebelumnya) untuk dibandingkan dengan sebulan Ramadhan yang menjanjikan pahala berganda2 dan keberkatan yang terlalu besar untuk diukur dengan nilai RM.
Patutlah dalam masa 2 hari ni, hati aku rasa tak senang je. Seperti tertinggal sesuatu. Betulla, dalam Quran pun ada menyebut;
"Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
Nah, kalau cari dekat Sogo, Downtown, B.Bintang, Alamanda memang tak dapatlah ketenangan yang dicari! Bukan tak boleh tapi berpada2 lah kelak hati sendiri yang tercari2 kepuasan tapi tak jumpa.
Melunaskan keinginan nafsu yang tak sudah2 ni hanya akan memberi rasa seronok yang sekejap saja. Lepas dapat satu, nak satu. Dapat beli ini, nak itu. Nak yang lagi bagus, lagi cantik, lagi hebat.. Itulah dia permainan nafsu!
Memang;
Perjalanan hidup tak selalu terjadi seperti yang kita harapkan.
Dan kita takkan pernah mampu untuk mengawal kesemua seperti yang kita inginkan.
Dua tangan tidak bisa mengatur kesemuanya sehebat sang Pencipta.
Dan kerna itu, aku tidak boleh menjauh dariNya..
.
.
Wahai sang hati,
Jangan sesekali penuhkan seluruh ruangmu untuk duniawi.
Simpan sebahagiannya untuk kau cintakan hidup yang kekal.
Barulah hidup tidak selalu berteman airmata.
Demi sesungguhnya segala yang kumiliki hari ini adalah sebuah pinjaman,
Termasuk pancaindera jua setiap hela nafas yang berhembus..
Hak Allah semata-mata,
Aku pinjam saja...
Bila-bila masa yang dikehendakiNya,
Aku mesti memulangkan semuanya...
Assalamualaikum..~~
No comments:
Post a Comment