.
Atau lebih dikenali sebagai BSE seringkali dipandang remeh oleh wanita termasuk aku. Ia adalah satu pemeriksaan sendiri payudara yang perlu dilakukan setiap bulan untuk memastikan sama ada terdapat apa-apa perubahan pada bahagian tersebut.
Talking to myself, sebenarnya aku pun sering saja lupe untuk buat BSE sebab tu aku tulis entry ni, supaya bila belek blog ni aku ingat tanggungjawab pada diri sendiri. Walaupun belum berkahwin, risiko tetap ada. No doubt early detection memudahkan proses untuk merawat dan menyelamatkan nyawa. Jika terdapat sebarang perubahan pada payudara, buang perasaan malu dan segeralah berjumpa doktor. (pesanan untuk diri sendiri juga!)
Untuk mengetahui cara-cara BSE dengan betul, boleh rujuk pada doktor ataupun nak senang, cuba google.Persepsi yang "orang lain kena, aku tak/ mungkin takkan jadi pada aku" mesti dibuang sama sekali. Cancer boleh menyerang sesiapa sahaja. Ya sesiapa sahaja!
Awak.
Saya.
Dia.
Semua.
Jom mulakan BSE dan amalkan healthy lifestyle, jangan bertanggguh lagi!
Saya ucapkan syabas kepada wanita yang selalu buat BSE. :)
Note ***: tersedar dari posisi selesa selama ini bila membaca artikel di library hari ini...
***sangat risau dan takut dengan rutin yang tidak produktif. takut jadi lem*&^ sebab kurang perah otak. :(***
No comments:
Post a Comment