Monday, July 18, 2011

Kerja itu amanah.

Itu yang aku selalu ingatkan diri aku. Bila sebut amanah, terpikul lah di bahu satu tanggungjawab yang besar. Amanah harus dilangsaikan dengan sebaik mungkin, kerana penilai kerja kita sebenar-benarnya bukanlah boss kita kat opis tuuu, tapi Allah yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Berkuasa.

Kita kerja, dibayar gaji, maka setiap kerja yang diamanahkan pada kita mestilah ditunaikan sebaik mungkin. Aku selalu ingatkan diri, bila diberi kerja, jangan merungut atau buat macam nak lepaskan batuk di tangga. Prinsip "asal siap" jangan sekali-kali diamalkan. Untuk mengelakkan rungutan2 ni, cuba jangan bandingkan diri kita dengan colleague yang lain. Jika sesuatu tugas tu diamanahkan pada kita, buat sajelah, dengan penuh ikhlas.

Kerja jangan curi tulang, kalau tak ia juga boleh menjurus pada rezeki yang tidak halal. Bila tak halal, kurang atau tiada langsung keberkatannya. Bila dah rezeki tu tak berkat, bermacam masalah lain boleh timbul, dan kesan jangka masa panjang yang kita mungkin tak pernah terfikir.

Satu lagi perkara yang aku tengok ramai orang terbiasa buat, mengambil atau menggunakan barang ofis tu untuk tujuan peribadi, selain dari urusan kerja. Contoh, ambik kertas2 opis tu bawak bagi anak2 guna sebab taknak beli. Kalau memang dibenarkan, no offence lah. Rezeki tapi jika bukan hak milik kita, walaupun sudah menjadi kebiasaan, jauhkanlah diri dari mengambilnya. Nauzubillah aku pun takut terbiasa, ya Allah jauhkanlah...

Dah la cakap pasal keje, ni saje je reminder untuk diri aku - yang kerja itu amanah. You are answerable to Allah, yuyu.

***********************************************************************************

It has been 4 consecutive days i cant hear your voice, and what a sorrow sad lonely day i had been going through..i miss you my <3!

2 comments:

  1. gud advice,,da tak rmai yg igt mncari keberkatan dlm melaksakan tanggungjwb..

    ReplyDelete