Bismillahirrahmanirrahim.
Ya, aku masih belum bersuami, tapi ingin juga berkongsi video yang sangat bermanfaat ini.
Nanti-nanti boleh view berpuloh ribu kali, sebagai peringatan buat diri.
Terima kasih Ustaz Azhar di atas penerangan yang terang lagi jelas.
Memperbetulkan amalan yang sudah jadi biasa di kalangan isteri...dan wanita hari ini.
Memberi dimensi baru terhadap pandangan wanita tentang beratnya tugas dan tanggungjawab seorang isteri.
Yang pastinya bukan sekadar MENJAGA SUAMI,
tetapi MEMULIAKAN mereka.
MEMULIAKAN [emphasis added]
Tugas itu bukan mudah.
Kerana ia jalan pintas untuk ke Jannah.
__________________________________________________________________
MESEJ:
Cantik dalam rumah.
Kat luar biasa-biasa je.
Dia sedang berubah.
200% sebolehnya.
Pakaian lama yang tidak menepati Syariat,
pada siapa mahu diberinya?
tak pakai membazir pula..
nak bagi pada orang,
dia sayang baju-baju cantik tu.
Fikir
fikir
fikir.
Fikir itu zikir.
Yes dia dah tahu!
macamana nak diuruskan semuanya.
segera dia asingkan baju yang seksi seksa
tarik luggage kosong dari bawah katil.
Sumbat dalam luggage.
Isi, isi dan isi sampai penoh.
Nah, kau duduk diam diam kat sini.
Setahun...
Dua tahun..
Tunggu,
katanya
"kau takkan ku buang-buang,
suatu masa akan ku tayang-tayang."
Bila Allah menghantar pelengkap hidupnya,
luggage penuh berisi pakaian itu,
bakal kosong semula,
even better, all of them can be worn out without inner!
And no more no more,
kain batik t shirt lusuh,
baju kelawar makcik bedah.
Segala keindahan seorang wanita,
hatta sehelai anak rambut pun,
hanya untuk pesona mata dan jiwa,
seorang penama SAHAJA.
Dia itulah;
S.U.A.M.I.
Till-Our-Next-Date
Assalamualaikum.
Dia memang cintakan fesyen. Dia ada baju-baju comel seperti yang digayakan oleh gadis-gadis lain semasa pergi shopping complex. Dia beli baju tak cukup kain tu semata-mata untuk dipakai pada hari 'besok'. Sebab dia tak tahan tengok baju yang cute sangat-sangat ...cuma baju tu tak sesuai, tak manis dan tak menepati syariat untuk dia pakai bersama tudung..jadi dia masih menunggu..
No comments:
Post a Comment