Bismillahirrahmanirrahim..
Mungkin sedikit terlewat tapi tak salah rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat semua...Ulang suara, SELAMAT TAHUN BARU DUA KOSONG SATU DUA..
Tahun baru, aaaargh...bermakna setahun lagi angka belakang umurku bertambah...juga bermakna, sedikit masa nanti...kedutan-kedutan halus akan mula muncul di wajahku...uban di kepala? Itu mungkin belum lagi....tetapi yang PASTI...yang semakin hampir dan mendekat denganku ialah KEMATIAN. Mati itu pasti cuma bila ia akan terjadi adalah rahsia Allah...
Mengingatkan mati...sungguh tidak terbayang di benak fikir saat di mana aku bakal menerima tetamu bernama Izrail...saat di mana nyawaku dicabut...bila? Only Allah Knows....bila tiba saatnya, mati tidak akan dilewatkan sesaatpun...dan tidak diawalkan sedetik jua...Entah kenapa...of late, sering saja fikiranku melayang..membayangkan kematian...mengingati kematian...membayangkan jenazahku diusung...mungkinkah hayatku tidak lama..?
Ya Allah Ya Rahman...jika benar ajalku semakin hampir..berikanlah aku petunjuk (sekalipun aku tidak layak)...bahawa aku sedang menghampiri rumah abadi itu...kau izinkanlah aku melangsaikan segala hutang-hutangku denganMu, dengan makhlukmu...sebelum aku pergi.
Ya Allah Ya Kareem, sekiranya rasa yang terbit ini adalah 'hidayah' dariMu yang memandu aku agar semakin mendekatiMu..supaya bertaubat padaMu...biarlah rasa ini terus segar..izinkan ketakutan ini terus memekar....kerana rasa ini lah yang membawa aku dekat padaMu..izinkanlah rasa itu sebati dalam jiwaku ya Tuhan!
"Sesungguhnya orang yang paling cerdik di kalangan kamu ialah yang paling banyak mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya."
Jika dulu...setiap kali terfikir soal mati...aku cuba alihkan perhatianku pada perkara lain, sebab terlalu takut..dan pastinya kerana KETIDAKSEDIAAN aku untuk menghadapi hari itu....setiap kali ke kedai buku mencari buku-buku agama..aku takut untuk membaca malah membeli buku-buku yang mendedahkan padaku tentang kesakitan kematian, tentang seksa di neraka Jahanam, tentang Malam Pertama Di Alam Kubur...jahilnya aku! Seolah-olah ingin lari dari hakikat...aku sedar....walau sejauh manapun aku berlari...ingin jauh dari mati..ia tetap akan datang mendekat..mati tidak akan menungguku..aku yang sepatutnya menunggu...membuat persiapan menghadapinya..
“Perbanyaklah olehmu mengingat mati, sebab perbuatan tersebut akan menghapuskan dosa dan menumbuhkan sikap zuhud (tidak rakus terhadap yang bersifat duniawi)” (HR.Ibnu Abiddunya).
MATI..jika ingat padanya sahaja tidak memadai....ia mestilah disertai persiapan untuk menghadapinya...bertaubat di atas dosa-dosa yang telah lalu...
Melangkah ke tahun baru...azam baru...selama ini...azamku dari tahun ke tahun....jarang sekali berkait dengan bekalan untuk menuju mati..kebanyakannya bersifat duniawi semata...seolah-olah dunia itu kekal bagiku...
Setakat solat 5 waktu sahaja...layakkah aku menapak sebelah kaki ke syurga?
Setakat amal tidak seberapa...layakkah aku melihat wajahNya?
Setakat aurat yang tidak sepenuhnya terjaga...bolehkah aku terlepas dari seksanya?
Tahun ini...let's have azam ibadah pula..hamparan untukmu..2012...
1) SOLAT
Selain solat lima waktu, ayuh kita cuba lakukan solat-solat sunat sebagai amalan sampingan...solat sunat ni boleh menolong untuk menampung cacat cela dan kekurangan di dalam solat-solat fardhu yang kita lakukan setiap hari. Yang paling senang, buat solat sunat dhuha...atau witir sebelum tidur. Dan apa kata kita sama-sama belajar dan cuba buat solat-solat sunat yang jarang atau tak pernah kita buat sebelum ni i.e sunat awwabin, sunat tasbih, tahajjud etc..
Lagi satu, solat ganti sebagai bayaran kepada hutang solat yang pernah kita tinggal sebelum ini..cuba gantikan setiap hari satu waktu (sekurang-kurangnya)...insyaAllah lama kelamaan bila terbayar semuanya..dengan izin AllahYang Maha Pengampun...akan 'dikirimkan' satu rasa atau naluri bahawa kita telah cukup membayar segala hutang solat tersebut.
2) PUASA
Ok bermula tahun ini..aku nak bayar semua hutang puasa berpuasa, sekurang-kurangnya tiga kali sebulan...nak menggantikan kembali puasa yang tinggal kerana ma'zurah tetapi tak cukup ganti sewaktu sekolah-sekolah dulu...tolak campur rasanya tidak lebih dari 20 hari..tapi aku akan ganti sebulan...dan selesai semuanya...aku nak bayar fidyah secara lump sum...jika diizinkan Allah...semoga hutang puasa aku terbayar sebelum 2013, sebelum aku dijemput menghadap Tuhan. Jadi secara rasminya aku menjadikan GANTI PUASA sebagai azam 2012 paling utama.
3) DAILY DOSAGE
-Zikir al-Mathurat.
-Hafal kembali lima surah yang pernah dihafal dahulu...
-Baca Quran sekurang-kurangnya satu pipi sehari...
-Hafal dan amal doa-doa harian khusus
-Menambah ilmu. (kelas & buku)
- SuratulKahfi (setiap malam Jumaat)

________________________________________________

Semoga diberi kesihatan yang baik untuk merealisasikan azam ibadah ini..
Till-Our-Next-Date
Assalamualaikum~
No comments:
Post a Comment