Sunday, December 11, 2011

Solat yang tertinggal?

Bismilllahirrahmanirrahim.

Sejak semalam,
Hujan turun tanpa henti membasahi bumi Besut...tidak terlalu lebat dan bukan juga gerimis.
Tenangnya kurasakan.
Bunyi ombak semakin kuat berdentum memainkan musik alam.
Fenomena yang biasa bagiku sedari kecil lagi..
Bila musim tengkujuh, ombak menggila..tapi musiknya indah.

Angin bertiup kencang...sejak dari semalam.
Nikmat, takut pun terselit jua,
Semoga Allah memelihara kami dari ditimpa banjir yang besar..

8.45 am, hujan renyai2 di hadapan rumahku...
Image captured using Sony Cyber Shot.

Ah terasa berat hatiku untuk pulang semula ke kota batu...

________________________________________________________________________________

Sempurnakah solatku?
Tajuk perbincangan yang dikupas tadi oleh UZAR dalam rancangan Tanyalah Ustaz, TV9.

Intipati yang dapat saya kongsikan mengenai solat yang tertinggal;

1. Solat yang tertinggal, mesti diganti balik. Terdapat dua pendapat, pertama kesemua solat yang telah ditinggalkan wajib diganti. Pendapat kedua, gantilah solat-solat tersebut sekadar termampu. Contohnya, selepas solat fardhu setiap hari gantikan satu waktu solat yang pernah kita tinggal.

2. Ia merupakan satu usaha dan tanda kita bertaubat sungguh-sungguh.

3. Jika kita meninggal dalam keadaan kita berusaha menggantikan balik solat-solat yang tertinggal, insyaAllah semua solat yang ditinggalkan sudah dikira seakan telah habis diqada'.

4. Terlupa kat mana tapi saya pernah terbaca... even kita tak ingat berapa kali kita pernah tertinggal solat..kita mesti usaha gantikan saja kerana bila dah cukup nanti, Allah akan terbitkan rasa yakin dalam hati kita yang solat kita tu dah cukup..

Marilah sama-sama kita gantikan solat yang tertinggal...

No comments:

Post a Comment