Tuesday, July 26, 2011

Kedekut?

Itu penyakit hati namanya.

Oh sebelum tu, sila bezakan kedekut dengan berjimat cermat ya. Berjimat cermat adalah sikap yang selaras dengan kehendak agama Islam yang mengesyorkan umatnya supaya sentiasa bersederhana dalam semua perkara. In contrary, kedekut pula adalah sifat yang busuk atau tengik baunya. Kalaulah kedekut tu boleh dihidu baunya, confirm takde orang sanggup kawen dgn makhluk tu kan? haha.

Contoh orang kedekut mengikut kacamata aku: (aku tak pakai spek pun)
Note: this list is not exhaustive.

A) Golongan yang wajib keluarkan zakat harta tapi tak pernah bayar.
Penyelesaian: Bertaubat. jangan bertangguh lagi, mulakan kewajipan tu. Harta yang jadi darah daging awak tu tak pernah ‘dicuci’, oleh itu risiko untuk mendapat ‘penyakit’ berbahaya sangat tinggi.

B) Rasa nak makan nasi goreng ayam tapi beli roti je sebab kawan dah beli nasi tu, so bedal kawan punye dapat jimat tiga hengget limapolosen. Hampeh punyaolang!
Penyelesaian: Baik kau puasa, dapat pahala beb!

C) Masa belajar asyik call mak mintak duit, sekarang dah keje mak call tak nak angkat takut mak mintak duit. Aku berseru pada diri dan sekalian anak2, jom kita invest dengan berbuat baik pada orang tua ni sementara mereka masih ada, bila dah pergi menyesal pun buang karan je.

Penyelesaian: Mesti kerap menghadiri ceramah agama supaya didedahkan tentang bonus dan dividen jangka panjang yang akan diperolehi hasil drp investment tersebut. Semayang tobat minta disucikan diri dari penyakit2 hati. Sekali sekala tengoklah cerita si tanggang juga.

KESIMPULAN:

Kalau nak kedekut tapi tak menyusahkan orang, takpe teruskan! Tu jalan pilihan hidup awak. Masalahnya, susah nak jumpe orang kedekut yang tak susahkan orang, in any way, mesti jadi burden kat orang lain sebab orang macamni selalunya duit banyak tapi taknak guna, so dia hanya akan menjadi parasit yang menggemokkan diri sendiri dengan cari mengslimkan body orang lain.

Alhamdulillah so far aku tak penah jumpa kawan aku yang perangai camtu tapi pernah dengar banyak pengalaman orang lain berhadapan dengan makhluk kedekut ni. Nauzubillah.


MESEJ

Entry ni adalah pesanan paling penting untuk diri aku sendiri supaya tidak lupa pada jasa dan budi orang tua. Mereka terlalu banyak, terlalu banyak, terlalu banyak berkorban. Untuk itu, selagi hidup, jangan pernah berhenti berbakti pada mereka. Tak rugi sesen pun, Allah pasti akan luaskan lagi pintu rezeki, dan meluaskan jalan untuk mendapat hidup yang penuh barakah. Nilai sebuah keberkatan itu sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan kita, sehingga tidak mampu untuk diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit. Tiada jumlah yang dapat membayar harga sebuah keberkatan.

LOOK AT THE MIRROR:

Hidup saya hari ini adalah hasil daripada pengorbanan lalu hidup orang lain. Esp parents. Aku pohon pada Tuhan, agar memanjangkan umur kami untuk beribadah kepadamu, agar mengukuhkan kasih sayangku pada mereka yang telah banyak berjasa untukku dan agar Allah mengizinkan aku untuk menterjemah cinta itu dengan curahan bakti yang tidak pernah putus..

Dan, dijauhi daripada sifat kedekut.

**********************************************************************************
MISC:

Dah lama tak update blog sebab bb kena potong. Hari ni baru bayar. Tu pun sebab nak siapkan keje yang besok kena hantar.
Hari ni sign agreement MFC, insyaallah khamis atau jumaat sampai :)
Iji pegi lagi untuk seminggu bermula semalam.
Tak sabar tunggu minggu depan balik puasa 4 days kat rumah.

Itu sahaja hehehe.

2 comments:

  1. Betul 2.. Lau nk kedekut jgn sampai menyusahkan orang lain..hu3..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete