Satu demi satu rahmat yang Dia limpahkan dalam hidupku.
Sesekali sesuatu terjadi tidak seperti yang kuingini.
Sedih berselubung hidup,
padahal aku belum mencuba.
Dan demi sesungguhnya aku tidak tahu apa yang terbaik untukku,
Dia lebih dan maha tahu,
Ku ingatkan diri, selepas ini,
Jangan merungut mahupun bersungut.
Allah sediakan jalannya,
banyak rahmat dikelilingnya,
yang aku tidak pernah sedar,
tidak selepas melaluinya sendiri.
Dan kuingatkan diri,
Jangan pernah bersangka buruk dengan ya rabbi.
Syukur ya tuhan
Alhamdulillah di atas segala nikmat dan rezeki.
No comments:
Post a Comment