Tuesday, December 21, 2010

Mataku menyaksikan sendiri besarnya kuasa ALLAH.

AAssalamualaikum. Ini cerita menakjubkan dalam diari hidupku, 7 tahun yang lampau...

Malam yang sejuk, sang awan menyelimuti langit yang membiru. Ini bulan yang penuh barakah.

pic courtesy of google.

Ramadhan tahun ini disambut penuh meriah. Setiap malam dahiku mencium tikar sejarah di surau MRSM, demi merebut pahala mengerjakan solat sunat Tarawikh. Begitu juga sahabat-shabatku yang lain. Seronok, solat berimam di masjid yang letaknya agak jauh dari asrama.


 -google-

Peristiwa ini takkan ku lupa selama-lama. Dan kupasti sahabat-sahabatku jua. Bila tanda kebesaran Allah terbentang luas di depan mata. Subhanallahhh. Selama ini kuhanya mendengar cerita-cerita kebesaran Allah yang ditunjukkan pelbagai cara...seperti ini...

Batu yang sujud 
- google -

Lebah pun tau. 
-google-

Tapi malam ini, giliran ku dan sahabat-sahabat menjadi saksi. Sungguh Tuhan itu Allah yang satu! Ceritanya begini.

Sejurus pulang dari solat tarawikh, aku dan sahabat-sahabat terus mengatur langkah pulang ke dorm masing-masing. Aku di Dorm Siti Khadijah. Sampai di bilik, aku melipat telekung. Baru sahaja ingin melabuhkan punggung, aku terdengar jeritan sahabat yang masih berada di luar. Allah, Allah!

Bergegas ku berlari menuju ke pintu dorm. Selipar pun tak sempat ku sarung, lantas ku berlari ke luar dorm. Bersama sahabat-sahabat yang lain, kami menyaksikan lukisan alam yang penuh takjub! Kepala ku dongak ke dada langit.

Masya’allah masya’allah masya’allaahhh!!!!!

Jelas dan terang sungguh terlukis perkataan 
ALLAH dengan huruf jawi di dada langit! 

Lantas tidak sampai pun 2 minit, lukisan itu membentuk pula perkataan MUHAMMAD bagai lukisan khat dari syurga, kemas santun dan jelas sekali! Oh tuhann......lukisanmu.

Dakwatnya sang awan.
Kertasnya sang langit.

 Contoh, tapi yang saya tengok tu tulisannya lebih kemas. seperti khat.
-Google-

Seluruh bulu romaku meremang. Subhanallah, subhanallah, subhanallah!
Sungguh indah tak tergambar lukisanmu ya Tuhan. Maha Besar kuasamu Ya Allah. 

Aku hanya mampu menadah tangan tanda syukur. Bibirku terkunci kerana rasa takjub yang amat. Hanya tangisan dan airmata yang bersuara menyampaikan ekspresi diri.
Maaf ku tak punya gambar untuk menjadi bukti. Sumpah dengan Nama ALLAH inilah keajaiban yang pernah kusaksi.

Solat sunat syukur mengakhiri malam yang hening. Dan keajaiban ini takkan ku lupa selama-lama. Kerana lukisan itu bukan sekadar biasa, iktikad ini mesti dipegang teguh dalam hati : Tuhan kita Allah, Dia Pencipta yang Satu. Pesuruhnya Nabi kita, Muhammad S.A.W.



Thank you Allah.


Tak lupa.
Thanks to fellow bloggers who keeps my blog breathing and alive. =)

3 comments:

  1. dear husni and nana: thanks for reading my entry. you were the reason i am still writing. appreciate. i'll do walk to your blog and left my footprints there. :)

    ReplyDelete