Dah 3 hari bercuti di kampung dan hari ni 'terpaksa' balik ke sini dan meneruskan kehidupan yang membosankan, seperti biasa. Bosan kerana tiada famili disisi.
Sepanjang berada di kampung, selera makan bertambah-tambah...kalau kat sini, sesuap dua pun dah kenyang. Kenape ye? Aku bukan baru lagi kat sini..dah nak dekat setahun tapi tekak masih tak serasi dengan makanan kat sini...lagipun kat rumah makan dgn ma...berlumba-lumba tambah nasik...seronok!
Satu je yang aku tak berapa tahan duk kat kampung...suhu panas yang melampau...rumah tepi pantai plak tu makin lah panas membahang. Tapi, hati seronok so yang tu boleh tolerate.
Ape-ape pun...macam biasa..once kaki melangkah naik bas...rasa yang tak enak mulalah muncul...persoalan macam-macam bermain di benak fikiran..
sampai bila aku nak macamni?
bila lagi aku nak balik kampung lama-lama?
masa student dulu best..ada cuti semester..
sape nak temankan ma?
kalau aku balik, mesti ma happy..kenapa aku tak boleh temankan dia setiap hari?
Macam-macam perkara akan berputar-putar dalam kotak fikiran. Last-last, homesick tak sudah-sudah.
The battle against HOMESICKNESS is now begin...
ish...
pergilah jauh2..aku tak suka rasa macamni =(
No comments:
Post a Comment