Sunday, December 18, 2011

Rindu yang tidak tertahankan..

Bismillahirrahmanirrahim.

Jambatan Presint 3, Putrajaya.

Malam semakin pekat tapi bebola mataku masih membulat. Malam ini juga dingin dan sunyi. Hanya yang kedengaran di corong telingaku, bunyi kipas berputar laju. Dan bunyi keyboard tap tap tap tap tap..menzahirkan kata hati satu persatu. Aku menaip sambil menyelesakan tubuh di tilam usang yang semakin kurang empuknya. Meniarap, dua siku kujadikan tangkal untuk menahan berat tubuhku patpulohdua kg. Ok minggu depan aku cari tilam baru ye - out of topic.

Kali pertama aku bermalam di rumah sewa ku kerana biasanya tiba saja hujung minggu, pagi-pagi lagi aku sudah zooom ke rumah makcikku di Ampang. Hari ni aku habiskan masa mengemas barang untuk berpindah ke rumah sewa baru minggu hadapan. Berkotak-kotak barangku tersusun rapi di tepi dinding, masih menanti untuk diusung. 

Sedang otakku masih ligat berfikir dan merencana, ku kira lebih baik kucoretkan apa yang terlintas di kanvas maya ini...mahu bersujud, aku ma'zurah pula. Jadi tidak mengapa mencuri waktu tidurku sedikit kerana tiada tuntutan untukku bangun seawal pagi menunaikan subuh. Jika mahu, bangun sebaik saja matahari meninggi. pun boleeeh. Buruknye perangai, kata hati. Kata mata, tidurlah lagi..hahah.

Eh? Masih pada intro, maaflah, entri melayan perasaan memang selalunya banyak merapu meraban daripada menyampaikan.

Sedang aku membelek-belek blog dan membaca bingkisan hati insan-insan disekelilingku, fikiranku menerawang jauh. Aku tertarik membaca sebuah coretan kerinduan seorang ibu muda (sebayaku) pada anaknya yang jauh..aku tersentuh dengan luahannya.

Melalui coretannya, aku dapat merasakan betapa dalam kasih dan cinta pada sang anak. Rindunya tidak bertepian kerana terpaksa berjauhan dengan si kecil. Aku dapat merasakan getar dan getir sebuah rindu yang dipendam sang ibu. Dia seakan 'sakit' menahan cinta dan rindu yang amat pada bayinya. Namun demi sebuah perjuangan, sang ibu tegar untuk bertahan. Tahniah untukmu. Ku pasti bukan mudah untuk kau bertarung dengan perasaan rindu yang membuak dan pada masa yang sama, menongkah arus cabaran demi untuk menggengam segulung ijazah. Semoga Allah memberi kekuatan buatmu.

Dia berpisah dari sang anak sedari tubuh gebu bayi itu masih merah. Habis saja pantang, dia terpaksa meninggalkan si bayi kerana semester baru sudah bermula.Terpisah dek jarak yang jauh, kekangan waktu dan wang, situasi ini tidak mengizinkan dia untuk selalu pulang memeluk sang bayi setiap hari seperti ibu lain, apatah lagi setiap minggu. Dia hanya pulang jika ada cuti panjang. 

Akalku mula mencongak-congak.....ini bermakna, waktu sang ibu dan anak bersama sangatlah pendek dan terhad. Dalam tempoh 12 bulan sejak kelahiran bayinya, hanya beberapa waktu sahaja Dia mampu melepas rindu dan menyemai kasih. Tapi bagaimana boleh terbitnya rindu yang sangat kuat itu?

Pemerhatian dan pelajaran yang kukutip daripada insan yang bergelar ibu di sekelilingku..

SITUASI I : Bertemu sekejap saja, berpisah lama-lama...masih belum kenal bagaimana fiil perangainya...tapi rindu sudah mula terbit..malah ia wangi dan segar sentiasa. Rindu pada insan yang kita baruuu saje kenal. Ajaib sungguh!

SITUASI II : Baru sahaja seminit melahirkan anak dan menatap wajahnya, nama pun tak letak lagi...tapi terus boleh jatuh cinta dan sayang pada bayi itu...sedangkan sebelum ini tidak pernah berjumpa atau kenal siapa dia...ajaib!

SITUASI III : Aku ada kawan yang baru melahirkan baby comel, habis saja cuti bersalin dia datang kerja bawak bantal busuk anak atau baju atau apa-apa saja kepunyaan bayinya...dia peluk atau cium bantal tu sekali sekala..pernah aku tanya kenapa, dia jawab sebab rindu...subhanallah. aku kagum dan kaget. Kagum pada ajaibnya kasih seorang ibu dan kaget pada macamana ini boleh berlaku? Kuasa Allah. Even lepas balik kerja nanti dia boleh terus hugs baby dia, dia masih rindu!

Aku mula terfikir, sebenarnya kasih dan rindu seorang ibu adalah satu KEAJAIBAN kurniaan Allah!

Ini bukan kali pertama aku membaca puisi mahupun bingkisan hati rindu dendam pada seseorang...tapi ini lain...hatiku dapat membaca rasa itu, lambungan rindu yang dirasakan oleh seorang ibu pada pada seorang anak adalah sungguh berlainan daripada rindu dendam pada sang kekasih, suami mahupun insan lain yang dikasihi..kenapa ye?

Adakah perasaan itu terbit sendiri?

Adakah semua ibu akan merasai rindu yang sama atau segelintir saja?

Aku belum pernah merasai apa yang dia atau mereka rasakan, mungkin kerana itu terbit pelbagai persoalan sebegini di kotak fikiranku..aku tahu hebatnya KASIH SEORANG IBU bukan lagi asing di pendengaran...tapi bila aku cuba meletakkan diri pada tempat seorang ibu yang angin rindunya lebih kuat dari taufan bila berjauhan dari seorang anak, aku rasa kasih itu sangat ajaib. Ikatan itu juga keajaiban. Dan itu semua adalah kuasa Allah....masyaAllah!

Aku pasti ibuku juga pernah, masih dan sehingga kini merasa bahang rindu itu terhadapku....29hb kita jumpa ye ma! I miss you too mom.

Menguap sudah tiga kali. Kali ketiga ialah siren amaran supaya ubah posisi dan tidur...mata sudah mula merayu supaya direhatkan. Okey lah, setakat ini saja...Selamat Malam....oppsss Selamat Pagi semua!


Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment