Tuesday, December 6, 2011

Satu Perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku ingin berubah.
Aku ingin berubah.
Aku ingin berubah.
Aku ingin berubah.
Aku ingin berubah.

Ya!
Aku mahu berubah.
Aku mesti berubah.
Aku wajib berubah.
Sungguh-sungguh.

Demi untuk itu,
Di depan pasti ada liku,
Baru melangkah satu,
pasti ada kata-kata membunuh hasratku

Sebelum iman menyinggah dikalbuku,
pasti ada nista membedil naluriku.

Dalam aku mendidik menjinak nafsuku,
pasti syaitan berbondong-bondong datang berbisik jahat ditelingaku.

Demi untuk itu,
Permudahkanlah perjuangan hambamu ini.
Ameen.

1 comment: