Monday, July 11, 2011

Batinku menjerit , namun. tiada suara...

Sedih,
sedih,
sedih,
pilu!

Hatiku tercarik.
terbakar.

Melihat susuk itu.
Demi Tuhan,
Teganya kamu!

Namun apa dayaku?
Batinku membenci.
Mahu bercakap,
Suaraku tersekat-sekat.

Demi berada di sini, bukan mudah.
Belakangku terpikul gunung,
Rebahku adalah pemusnah.

Aku tidak boleh terngadah.

Ku telan pahit.
Ku harung perit.

Pejuang-pejuangku,
aku tidak punya senjata,
selain doa mengiringi perjuanganmu.

Aku dibelakang.
Jauh tak terpandang.

Batinku menjerit.
tiada suara.
Hanya,
iringan doa, tidak henti,
itu pasti.

Jika bukan disini,
di sana jua,
kan terpapar semua...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

2 comments:

  1. jgn biarkan batin shj yg mnjerit

    ReplyDelete
  2. Dearest Izan!

    Tq for always paying me a warm visit. Appreciate it! Sorry for not visiting back, will do when i got time.

    THANKS BUDDY. :)

    ReplyDelete