Sunday, January 9, 2011

Blog medan penambah dosa?


Assalamualaikum

 Courtesy of Google

Seringkali kita tidak sedar, bahawa dosa bukan sahaja bercambah melalui perbuatan yang hakiki tetapi juga melalui pelbagai cara yang lain seperti MENULIS BELOG. Tapi bagaimana belog boleh  termasuk di dalam kategori blog pencambah dosa? Jika;


1.Penulisan yang dibuat secara langsung atau tidak langsung menyebarkan FITNAH.
Courtesy of Google

Dosa fitnah itu tersangatlah besar di sisi agama. Kesannya juga teramat besar sehingga boleh memecahbelahkan ummah. Jadi, jauhi penulisan yang berbentuk umpatan atau kejian terhadap seseorang kerana ia mungkin boleh membawa kepada fitnah. Jika ada sesuatu yang ingin anda tegur, atau perbetulkan, lebih elok jika dinyatakan secara peribadi pada si empunya badan daripada mengembar-gemburkan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak pasti. Selain itu, ini dapat mengelakkan penulisan kita disalah erti oleh pembaca. 

Bayangkan, jika kita menabur fitnah di internet, tidak terbilang manusia yang mungkin membaca tulisan kita bukan? Bagaimana dengan dosa, pasti juga bercambah seiring dengan trafik yang mencanak-canak bukan? Fikir dalam-dalam.


2.  Dosa melalui sebaran gambar yang tidak menutup aurat.

 Courtesy of Google

Bertudung tetapi dada terbonjol? Bertudung tetapi pakaian yang ketat atau nipis? Usah cerita yang tidak bertudung. Gambar-gambar seperti ini yang dimuat turun di dalam setiap post baru yang telah di ping, pasti akan dapat ditonton dengan  mudah oleh pengguna internet seluruh dunia. Mudah saja, minta tolong laman carian paling popular iaitu Google. Bayangkan sahaja sejauh mana dosa tidak menutup aurat itu boleh tersebar?

Pernah terfikir tak, di saat kita sedang solat atau berdoa, gambar kita yang seksi di internet pula sedang dilihat di internet dan bila terdetik rasa ghairah di hati hamba Allah yang melihat, adakah dosa kita bercambah di saat kita membuat ibadah? Renung-renungkan. Anda tahu jawapannya.


3. Belog penyebab anda melewatkan atau meninggalkan solat?

 Courtesy of Google

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103]

Pernah atau tidak anda terlalu asyik menulis post baru, blogwalking atau menulis komen apa-apa sehingga tidak sedar atau secara sedar mengabaikan solat atau melewatkan solat? Ini sangat tidak patut dan tidak berbaloi! - peringatan buat diri saya juga.

Dari Abdullah bin Mas'ud, mereka telah bertanya Nabi saw :-ه
Amalan manakah yang paling utama? 
Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya.



4.  Belog menyebabkan anda mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga/ kerja.
Courtesy of Google

Oleh kerana terlalu syok berblogging, pernah tak anda lupa atau mengabaikan tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga, anak atau ibu? Anak menangis minta susu, ditangguhkan kerana terlalu asyik mengadap komputer. Mak minta tolong pergi kedai, tarik muka masam sebab malas nak tinggal dunia belog? Atau tak pergi kelas sebab asyik tidur lewat kerana berblogging?Jadi, utamakan dahulu perkara yang lebih penting, selalu ingat tanggungjawab yang terpikul di bahu. Langsaikan tanggungjawab dahulu, barulah boleh berblogging secara aman. :)

Sama-sama kita jauhi daripada dosa maya melalui blogging. Yang sedia ada pun tidak tertanggung. Ini sahaja yang ingin saya kongsi untuk peringatan kita bersama.

Salah silap mohon ditegur.


(>__<)


10 comments:

  1. Saya tidak mahu tergolong dalam mereka yang melalaikan solat atau tanggungjawab terhadap keluarga..maka saya hanya berblog jika kelapangan sahaja.Mudah-an saya juga tidak tergolong dalam membuat fitnah akibat berblog.Harap dijauhi.Amin!

    ReplyDelete
  2. UMMIARISSA

    Amin. saya pun, sama-sama kita jauhi. :)

    ReplyDelete
  3. sya stuju dengan entri saudari ni...harap2 sy dan kwan2 blogger x lupa tgungjawab pada Yang Esa....

    ReplyDelete
  4. huhuuhuhu... yuyu, kter mcm tergolong antara yg awk senaraikan jer.. sedihnya... huhuhu.. thanks for the reminder...

    ReplyDelete
  5. HAFIZ & AIZA

    sama-sama berpesan-pesan untuk kebaikan.

    ReplyDelete
  6. betul tu..blog juga salah satu medan dakwah..=)
    nice entry yuyu..

    ReplyDelete
  7. peringatan yang baik malah perlu diingatkan berulang kali kerna saja kita pasti akan termasuk dalam golongan itu dalam sedar ato tidak...

    Maha suci Allah....

    ReplyDelete
  8. perkongsiaan yang sgt berguna..time kaseh yer..

    ReplyDelete
  9. Yess, ALLOH will protect ourself, our family and our salary...
    http://lintasmedan.co.cc

    ReplyDelete